26 May 2011

Makanan lagi. : )

Hello semua!
       
       Seperti korang sume tau. skrg ni ff sdg mengalami cuti yang sgt hebat. kerana ff tersalah add subjek. yang sepatutnyer ff amik subjek yang kod kosnyer iaitu LQ2083 iaitu Arabic Level 3. dan ff telah tertukar dgn subjek berkod LQ 0283 yang mana mempunyai credit hour yang berbeza. jadi ff telah membuatkan keputusan untuk drop subjek arab ini. Dengan harapan dapatlah kumpul duit mase cuti ni. Tp apakan daya. smpai laa ni ff x pegi keje lagi. malas sgt badan ni. tatau nape. haha. 

       Ok jadi dlm posting ff kali ni. ff nak cerita kan kat korang. tentang makanan lagi. since korang bole tgk dengan MATA korang sendiri . blog ff ni semakin lama semakin penuh dgn posting makanan. muahaha. jadi. bagi pencinta makanan mcm ff. silelah continue bace. dan bagi mereka yang tidak suka maka. silelah bertukar ke blog yang lain. hehehe.

       Ff nak ceritakan kat korang sume tentang satu makanan jawa(ye kot. ke sunda?.haha) yang memang korang sume memang kenal dengan makanan ni. Makanan yang ff maksudkan ialah:

Taddaaaa!!. name makanan ni nasik ayam PENYET yer.
       Sookay bg korang  yang tak rase enthusiastic terhadap makanan ni. since rupe dier pun tak menarik. tp ape yg ff boleh ckp. jgn judge dari rupe yer. sbb nasik ayam penyet ni rasenyer sgt sedap. Ff x pernah rase nasik ayam penyet sesedap ni melainkan nasik ayam penyet ori dari indonesia. Itu pun setahun sekali je ff akn pegi jakarta. melawat sedara di hari raya. So, tentang lokasi warong ni. ff rase x de la jauh sgt dari KL. dkt gombak jer. bagi student uiam yg tak tau tentang kewujudan kedai makan ni. silalah carik. dan cube rase. jangan asyik2 nak lunch kat dpn skola teknik tu jer. bosan lah. hahaha. Name warong ni. D'Laman kalu tak silap ff. ff tau tentang restoran ni pun dari kawan ff. sbb dier salu lepak ngan boifren dier kat warong ni. sbb warong ni tenang jer. hehe. 

So. untuk lebih detail. korang tgk la map yang ff da tandakan tu. dier dekat jalan dewan. btul2 area balai polis gombak. dkt situ pun ade dua sekolah. kalu tak silap ff. name skolah tu. SMK Seri Gombak. hurm. 

Tu ha. jalan Dewan. dkt depan balai polis gombak.
       So ff nak tambah sikit lagi. warong ni  juge ade sdiakan makanan seperti bakso. dan sebagainyer. sume bahan dier adalah ori dari indonesia. Jadi sape nak rase Authentic Indonesia Food. silalah pegi kat warong ni. harge dier pun SANGGGATT MURAHH. x mahal. jgn risau. order banyak pun x de masalah. hehe. taukeh dier sgt friendly. Owh. lagi satu. kalu korang btul2 da tak tau kat mane warong ni. Jalan nak pegi warong ni btul2 satu jalan dari jalan gombak ke ong tai kim. Ha!. tau ka itu ong tai kim?. haha. search la gune gps. confirm ade. ehhehe.

       So smpai sinilah posting ff kali ni. dah x larat dah ni. td makan byk sgt. ahaha. ok2. chooww.
  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo