15 June 2011

D.I.Y wall hanging.

       
       Hai Hai Hai Hai...Dah lame da rasenyer ff x post kat blog ni. sbb ff lately ni. agak bz dengan majlis perkahwinan makcik ff yg Insyallah akan di buat pada bulan hadapan. di Selayang. Jemput dtg nyer. cehh. suke hati je ff jemput tau. mcm la majlis ff plak kan. So kawan2 sume. hari ni ff akn jadi cik kepada korang semua. Kalu korang tgk tajuk posting ff kalini pun tentang DIY. ok. APA ITU DIY?. diy ni sbenaryer. ialah. DO IT YOURSELF. maksudnyer. BUATLAH SENDIRI. haha. so kalu kawan2 ade beli produk yang ade tulis DIY. means. kawan2 kene pasang prdk tu sendiri yer. huuhhuhu. DIY ni sbenarnyer bagi ff. lebih jimat dan lebih puas sbb hasilnya kite yang buat sendiri kan?. cume kene berkorban sikit la dengan tenaga. huhu.

       So DIY yang ff nak tunjukkan kat korang sume ni. ialah DIY yang mana korang bole gune pakai ntuk buat CANVAS frame. ataupun Wall Hanging. Tp arini ff akn tunjukkan kat korang sume mcm mane nak buat wall hanging yang kosnyer sgt jimat. dlm rm 30-40 sahaja. huhuh. (skill dan kepakaran diperlukan sedikit. hehe.)

       So, yang gambar kat atas tu. itu la wall hanging yang ff sempat buat. Ok. skrg ff akan ceritakan 1 persatu. tentang cara nak buat nyer.

 1 . Korang haruslah carik material fabric yang sesuai untuk digunakan . kalau korang suke kan konsep bilik ff ni. untuk pengetahuan korang. cat dinding yang ff gune ialah cat warne silver. Kenapa ff pilih warne silver dan bukanyer grey?. Sbb ff rase. warne silver ni kalau kite bukak lampu.waktu malam. kite akan nampak sedikit reflections lampu tersebut. kalu kite amik grey. secara tidak langsung. reflections lampu itu. tidak akan dpt dipantulkan since warne grey gelap. So itulah sbb ff memilih warne silver. Ok berbalik kepada fabric. ff pilih fabric dari ikea. name fabric ni SARALISA. kalu korang nak tau. fabric saralisa ni antara yang HOT item yang customer suke. Lebar fabric ni ialah 150 cm. so jangan risau. dier sangat lebar. 
ni la fabric dier. ff amik 1.5 meter.
        So, fabric ni harge dier. antara yang termurah yang ade kat ikea. Satu meter rm19.90. tapi kalu fikirkan bidang fabric ni. dengan kualiti kain dia lagi. rm19.90 tu. memang dah sangat murah. bg sesape yang kedekut tu. tak tau la nak ckp ape. kalu rm 19.90 ni korang masih ckp mahal. huhuhuu..






2.  Pekara kedua yang korang perlukan ialah bahan2 ntuk buat canvas. Ff dah buat survery kat kedai dpn umah ff . kedai ni dier memang specialist ntuk buat frame dan canvas. bile ff tanye harge dier. Masyallah. sgt mahal. haha. kalu nak buat canvas frame jer. dah smpai cecah rm80. itu dah bole buat 2 wall hanging dah. kalu kite DIY la. haha. ok. so. antara bahan2 yang korang perlukan.


a) Kayu. x kisah jenis ape2 pun bole. huhu. tp pastikan lebar kayu tu. dlm 3cm dan keatas lah. Dekat area umah ff. ade 2 kedai hardware. Kedai yang pertama ff pegi. sebatang kayu dier (kayu yang x berapa lebar) dier kire rm 5.50. dan kedai kedua yang ff survey. ialah rm 3.00 sebatang. haha. jauh beza kan?. rm 2.50 tu pun duit jugak kan. so. kayu tu. kalu sebatang . da cukup da. so ff siap suruh dorang potongkan skali. so dah mudah. tinggal paku dan gam jer. huhu


b) Thumb tacks untuk yang beginner. Stapler Gun untuk yang pro. huhu. mcm ff. ff msih beginner so. ff pakai thumb tacks. sbb thumb tacks mudah di cabut balik. gune gunting pun dier bole cabut balik. huhu. kalu stapler Gun. dier akan 'strong hold' so kalu kite ade tesalah letak posisi ker. nanty nak cabut da susah balik.


c) Paku kayu untuk paku la. dan hammer. itu jer. huhu.


3)  So. lepas korang da ade bahan2 segala ni. sile pastikan korang cantumkan kayu2 tadi. supaya jadi satu bingkai. 


tu lah bingkai yang ff hasilkan. tp kene ingat. b4 ape2. sile pastikan korang bersihkan kayu tu dulu. kadang2 kat kayu tu. ade kotor. takut dier melekat dkt fabric korang.


 Ff nak ingatkan kat korang. kalu frame korang tu. size mcm frame ff ni. adelah lebih kuran 50 cm. so. korang x perlukan kayu silang tengah. Kenapa?. sbb kayu tu kecik jer. so x yah gatal2 nak letak kayu silang. sbb dier x kan bengkok pun. huhuh. kalu mcm gambar atas sekali tu. korang memang perlukan Kayu silang kat tengah. sbb bile korang terik(tarik) kain tu nanti. takut kayu jadi bengkok kalu tanpe kayu silang.


 4. Korang bole la mula tarik kain tu. dan pastikan korang cucuk thumb tacks tu btul2 kat posisi dengan posisi fabrix yang betul2 tepat. mcm ni.




 5.  So korang letak la thumb tacks tu kat sekeliling frame tu. pastikan korang kosongkan. dlm 2 cm dkt setiap bucu frame tu. ntuk buat lipatan sudut. 


6.   Untuk lipatan bucu. ff buat lipatan dier mcm ni.
mcm tu. nampak x?. huhu. pastikan corak dier pun bercantum tau. baru cantik. hehe.


7.   Done!. Paku dekat dinding. dan gantungkan DIY wall hanging korang!. hehe. ni la contoh gambar2 wallhanging kat bilik ff. hasil dier.

B4 this. ff gantung baju dekat area wall hanging tu. tp skrg. sbb sakit mate bile gantung2 ni. haha. seluar tu. bg ff oke la. kalu hapuskan pun bgus jugak. tunggu mase je weh. haha




       So, ni bilik ff before and after. haha. ok fine. ff tau. korang nak ckp. before lagi cantik. tp ff da bosan dgn design before. so skali skali nak jugak rasekan perubahan kan?. huhuh.


Before.
Before. ff letak cermin.
 After.
inilah pandangan dari tepi. after, tukarkan dengan wall hanging. hehe.

        Ff nak selitkan sdikit kat korang ni..  Dalam hidup kite. kite memerlukan perubahan. bukan perubahan micro sahaja. tetapi sebalik nyer. Perubahan macro atau perubahan yang lebih besar.. Bukan ntuk diri kite sahaja. tapi demi mase depan kite. *tetibe je kan?. haha. so. kalu ade kelapangan masa. tengoklah video kat bawah ni. hanya berdurasi. 12 minit shaja. hehe. selamat menonton. dan selamat mencuba!!. jadi. komen2 lah yer..


 
      

03 June 2011

Lunch @ Ma'cik Biryani

       Yeah!. tepat. Posting kali ni. tentang makanan lagi. hehe. Ok so. kali ni ff nak bawak korang bejalan kat salah satu restoran. yg korang sume tau kan kat mane?.. mesti dkt curve. ye. memang korang akn rase bosan dgn ff . sbb hampir sume posting ff cerita pasal makanan. dan hampir semua jgak. lokasi dier dkt curve. haha. firdaus firdaus.. cube la makan tempat len. haha. ok2. so. restoran kali ni. sempena dgn name dier. MA'CIK BIRYANI. so. mesti lah dier akn jual nasik briyani kan?. hehe. Ok. ff nak cerita pasal makanan dier. so far, makanan dier memang sdp. sgt sdp. Sebelum ff nak masuk kedai tu. btul2 waktu peak lunch hour. semua kedai da penuh. so ff pun malas nak masuk kedai yang ramai org tu. sbb ff rase rimas kalu ramai2 ni. hehe. so. ff carik la restoran demi restoran. dan akhirnya. jumpe la. restoran ni.


       Lokasi restoran ni. mcm biase. dkt 1st floor bridge to curve.. dier bersebelahan dgn restoran chomey (restoran nasik dagang)..ok. so sblm ff masuk dlm kedai ni. ff tgk dari luar. TIDAK ADA SEORANG PUN PELANGGAN YANG DATANG ke restoran ni. sgt tekejut. mungkin sbb dier restoran baru kot.(baru la sgt kan?..) .. so ff terus terpikir. mesti x sdap ni. sbb tu x de org. tp ff teruskan jgak masuk kat dlm restoran ni. demi mengelak dari keadaan sesak seperti restoran lain. huhuh. so. ff masuk jgak. so far interior dier. ok. sume pun ok. x de masalah. hehe. ala2 kopitiam juge. hehe.


sempoi kan?.
       Simple x interior restoran ni?.hehe. hurm. so. pasal makanan pulak. Dier ade macam2 jenis makanan. tp kalu da name dier restoran nasik briyani. kene la cube nasik briyani dier kan?. hehe. ok. so. end up. ade la mcm2 nasik. harge dier pun ok bg ff. x terlalu mahal. ok. so korang tgk lah menu dier. >>

mase ff amik gmbar menu dier. taukeh kedai tu. tgk je. apa hal lu!.

wokeh. chicken briyani sgt sdp wokeh.

Spice rice pun. bole thn la.
       So, ff lepas da order. ni la makanan dier. hehe. tempting oke.

Dlm tu berasap2.

Sorilah. camera phone x dpt menghasilkan asap2 skali. haha

Spice rice.

Sedap gile ..!
       Ok. tentang minuman plak. ff nasihat. korang bawaklah air dari rumah. sbb air kat kedai ni. SEMUA TAK SEDAP. tawar gile!. haha. penawar rasenyer tukang buat air tu. hehe. so. smpai sini je. posting ff kalini. jumpe lagi next posting!. daaaa


01 June 2011

Memori majlis pertunangan kakak.

       
       Salam'alaykum, Salam hari rabu. hehe. Arini ff nak berkongsi cerita dengan korang sket tentang memori majlis pertunangan kakak. Bagi ff. walaupun majlis ni dah berakhir lama. tp segala memori yang ada masa sebelum(preparation) dan masa majlis bejalan. sume memberikan memori yang indah. cehhh. hehe.

Amaran: Bagi sesiapa yang tidak suka membaca tentang perkara yang sudah lepas (past tense) sile beredar dari blog ini.

       Alhamdulillah, sepanjang majlis ni. semuanya berjalan lancar. 'Lancar' yg ff maksudkan ialah semuanya berjalan mengikut perancangan. Preparation majlis ni. mengambil masa lebih kurang 4 Bulan. Bermulanya dengan tempahan baju pertunangan , membuat hantaran , dan seterusnya sewa canopy , photographer , videographer , dan sebagainya..

       Ff ade tips sikit bagi sesiape yg nak jalankan majlis kecil kecilan seperti majlis pertunangan. Ff nak ingatkan kat uolls sume. Sebelum korang buat ape2 majlis. Korang haruslah buat satu list panjang sgt. Tulis perancangan korang dari A smpai Z. Perancangan yg ff maksudkan ialah Agenda majlis tu nanti. Contohnyer : Pkul 8 pagi : suruh amad pergi amik cake kat bakery. Pkul 9.30 pagi : suruh linda susun susun meja. Ha. list mcm ni yg ff maksudkan. Ff tau. mesti ramai yg ckp. 'weh. kalu list mcm ni baik x yah buat. sume dlm otak lah!' memang betul ckp korang. tp kite haruslah ingat. Manusia ni mudah lupa. Ingat!. Kalu satu perkara je lupe. Tak mustahil majlis korang tu bole jadi kucar kacir. tak pun. bole jadi x lengkap. So take note oke!.

       Okay. so sambung balik cerita. 4 Bulan sebelum majlis bermula. Mama dan Kakak dah sibuk dah meng'usha'2 hantaran. Bole dikatakan SETIAP minggu Mama dan Kakak akan survey hantaran. Okay. Kat sini ff nak ingatkan kat korang sume. Kalu nak survey hantaran tu. Korang kene pastikan. Jangan MUDAH terpikat dengan sesuatu design tu. Kalu korang tgk design tu cantik GILER pun. ff nasihatkan jangan terus buat tempahan. Sebab mungkin korang bole menyesal. Pastikan sebelum korang buat ape2 tempahan hantaran. PASTIKAN korang da survey LEBIH dari 10 ke 20 kedai hantaran. Kenapa?. Untuk memastikan pilihan yang korang buat tu. btul2 tepat. hehe. After mama and kakak da setuju dengan design yang dorang pilih tu. Dorang mula lah membuat tempahan hantaran. Mcm kakak. Dia lebih suka tema majlis pertunangan dier tu. kearah Garden Engagement. So. hantaran dier pun Ala2 garden la. haha.  Antara hantaran ala2 garden yg mama pilih: 

Bagi ff nampak kot mcm garden. hehe.

Bunga dekat keliling tu untuk memastikan tema garden tak lari. 

Al Quran

Baju Kemeja.

Toiletries

Jam Tangan.

Sirih Junjung

Perfume.

       So, yg kat atas ni adalah antara barang2 hantaran..Ff pun da lupe brape total hantaran. haha. Okay. so bagi sape yang berminat. Korang bole la suruh org kedai tu buatkan mcm ni. ckp kat dier. Nak ala2 garden. Mungkin skrg ni. ff rase. Tema ala2 garden dah di perbaharui. Kalu korang tak caya. cube pergi minggu ni kat kedai hantaran. pastu datang balik minggu seterusnya. mesti korang akan perasan design dier CEPAT skali berubah. hehe

       Sementara menunggu hantaran siap. Kakak dan ff same2 pergi menguruskan hal2 yang berkaitan dengan majlis. Antaranya Photographer dan juga Videographer. Ff dan kakak dah buat keputusan untuk pilih candid syndrome sebagai official photographer majlis kami. Selain dari tu. Kakak juga ada memanggil rakanya yang juga juru foto. Ff nak nasihatkan korang. Makesure, korang x rely on satu je photographer. Kalu boleh. Biar ade backup. at least, mcm ff. kiteorg ade 1 backup. so, kalu ape2 jadi kat official photographer. Adelah picture back up kan?. hehe. Oke. ff nak mengulas sikit tentang kualiti gambar candid syndrome. Bg ff, overall ok, tak de masalah dengan cameraman(fuad topa), gambar pun agak menarik. Kualiti album dier. NICE. Nice.!. So sesape yang berminat boleh la ushar kat website dier. > http://www.candidsyndrome.com/ 

First page

Sorilah ade plak cahaya flash kat blakang tu. hehe.


       Lepas ff ngan kakak booking photographer. Kita pergi memburu untuk invitation card. Ade beratus2 design dan printing kat luar sane. Tp ff nak ingatkan kat sini. Korang haruslah buat design yang tidak keterlaluan. Sbb bertunang ni konsep dier haruslah moderate. Haha!. okey2. so first skali ff bercadang nak design kad sendiri. Kalu lah ff jemput less than 100 bole la ff buat. tp Kakak jemput more than 100. So, ff x larat nak potong card board sendiri. So end up tempah jer. 

Mcm ni la antara design asal yg ff nak buat. tp tak larat la. banyak sgt!. haha.(ff buat kad ni sempena malam teater unisel)
       So, kiteorg nak lah tempah kat yang ala2 mcm ni. tp sume tempat yang kiteorg nak tempah. x nak terima tempahan kiteorg dorang ckp x ckup masa(2 bulan). sekurang2 perlu 5 bulan ataupun 4 bulan. So, ff ngan kakak. carik lah design yang sempoi2 . Kiteorg jumpe satu website ni. kad2 dier sumenyer sempoi. Galeri dier btul2 dekat platinum walk, danau kota. So kiteorg tempah la kat situ. huhu.

Sempoi jer.

Sgt sempoi.
       Memang korang nampak simple je kad tu. tp korang tau x nape ff ngan kakak pilih kad kat kedai ni. Sbb semua kad yang dorang buat. semua HANDMADE. haha. Termasuklah bunga tu. sume potong gune tangan(ada la sikit2 gune machine) itu yang menyebabkan kiteorg tertarik. lagipun dier bole sediakan kad dengan pantas. hehe. Penting tu!. hehen

       Next thing yang korang kene buat. PELAMIN. ini paling crucial yer. PALING CRUCIAL. kenapa?. sbb kalu x de pelamin. rugilah bg wanita wanita. sbb korang bertunang sekali seumur hidup. Mase ni la nak merasai nikmat kan?. hehe. so. tips dari ff lagi. Pelamin korang KENE KENE KENE pastikan korang amik pelamin yang sgt SEMPOI. sbb kalu korang buat over sgt. nanti kang. org terkonpius dengan pelamin kawen. tak pun. pelamin nikah. haha. so. ff ngan kakak da amik keputusan untuk pilih pelamin yg juga ala2 garden wedding. eheheh.

Ni lah pelamin tunang kakak. Except stand light tu yer. itu x dtg skali. tu hak milik mama . haha.
       Ni tips dari ff. Setiap majlis yang korang kene buat. korang haruslah ingat. Tetamu yang datang dari jauh mahupun dekat. korang sume haruslah appreciate. Cara nak appreciate tu bukan dengan bagi tetamu makan sedap2. tp haruslah sediakan goodies. Mcm family ff. Semua majlis yang kami buat. TERMASUK kenduri arwah tahunan semua kami sediakan goodies. dengan cara ni lah kite akan dpt menghargai tetamu yang datang. dan tetamu pun akan rase di hargai bile kite bagi goodies. x kisahlah barang yang kite bg tu murah. yang penting keikhlasan kite untuk memberi. Mase kakak bertunang ni. kami bagi mug kepada para tetamu. Bukan mug kecik tu yer. tp Mug yang bole minum. haha. so, ff x sempat nak amik gamba mug tu. yang ada hanyalah packaging dari luar. hehe.

Sory yer. kotak tu da tebuka sbb da bg kat tetamu. hehe.
  
       Pastu, Ff ngan kakak bertungkus lumus  carik sewa canopy. hehe. so kami tempah la awal2. takut nanty last minit x de plak stok dier. x pasal2. kan?. haha. so kami amik canopy standard yg ada underlayer skali. sbb kadang2 tu. kalu tak de underlayer. kemah tu kotor. nanty nampak je buruk. haha. so kalu korang nak tau under layer tu ape. tgk la.

Bukan nak promosi org yer. tp nak tunjuk underlayer. underlayer yang dlm kemah tu. nampak?.
       So, last skali. yang korang harus prepare dari awal. ialah candy buffet. Kenape penting?. sbb. kalu majlis korang tu. sume dipenuhi dengan lauk pauk , kari la. masak lemak la. kuih apam la. . ini sume akan menyebabkan kanak2 yang dtg. x dpt enjoy sepenuhnyer. jd ff rase. baiklah korang tarik perhatian kanak2 tu dengan cara. buat candy buffet. org dewasa pun bole menikmatinya. hehe. gule2 kan? .. hehe. So. ape yang ff sediakan dkt candy buffet tu. adlh sperti berikut. hehe.

Cupcakes.

chewing gum!. dan marshmallow!.

Lolipop!. hehe.

       So, Yang terakhir skali. menunggu hari majlis. hehe. mase hari ni. ff nasihatkan korang semua. haruslah tido lame2. untuk pastikan. ke esokkan hari nya korang dpt buat kerja dgn lancar. hehe. x de la cepat letih sgt. hehe. so. itu je la yang ff dpt share tips n memori ff. hehe. so smpai kat sini. tata!.