31 May 2011

Sepetang di Paddington.

       Helo rakan semua!.. So, dlm posting ff kalini. ff nak bawak korang sume pi jenjalan cari makan. Since korang bole tgk. previous posting ff sume pasal makanan kan?. so jgn la expect ff akn citekan kat korang pasal gadget ker. pasal keta ke. pasal kawen ke. haha. ok2. so lokasi tempat makan ff kali ni. ialah di tempat yang sgt feymes. dan tempat feveret ff sampai bebila. Selalunyer ff akn pegi ke sini untuk lepaskan tensi dan juge melepaskan nafsu makan.. hahah. syurga makanan jugak kat sini. Selain tu. ff salu temankan kakak jumpe dgn kawan2 dier. mostly lepak dkt Laundry la. So. tempat yg ff maksud kan ni ialah dkat The Curve. sesape yang duduk area klang valley. dan tak tahu lokasi The Curve. silelah google skrg k?. haha. Kalu korang rase2 mcm bingung sgt smpai google pun x jumpe(mustahil ni.). korang bole la search address Ikea . sbb dier memang area Ikea. ok?. Clear x skrg ni?. haha


       So. restoran yang ff nak bawak korang sume lepak arini ialah di Paddington Pancakes. Lokasi dier agak mengelirukan bg ff. sbb dier area bridge. So susah la nak nampak. since kat situ ade bepuluh2 restoran. X silap ff. sbb Paddington ni ialah warong aym penyet. kalu x silap la. 


Ha!. korang mesti prasan punyyer. hehe
       So, skrg ni ff nak bercerita kat koram sume. tentang interior kedai ni. bg ff kedai ni interior dier just SO SO la. x de gempak mane pun. Die ala2 kopitiam. tp cantik sikit lagi. ye kot. haha. Tp menu dier sgtlah gempak dan sedap. ada uurrmmmphhh. hhuhuu. So. ni la interior Paddington.


Please jgn judge dari rupe dier. haha. pecayelah. menu dier sume sdp2!
Phone begetar plak mase ni. hahah. so jd shake.
       Sekarang ff nak ceritakan kat korang pulak. tentang NIKMAT dan KELAZATAN makanan yang dorang ade. hehe. First. korang kene tau. ape yang korang nak makan kat sini. Yg paling Feymes. haruslah Pancakes kan. tp makanan yang lain juge awesome.


Tgk pun da sedap kan?. memang sdp pun. haha
       Contoh menu yang menjadi pilihan ff kalu dtg kat sini ialah. Speghetti Sundried Tomato & Mushroom Aglio Olio. Spicy Prawn & Calamari Olio. ni sume sgt sdp. korang memang kene rase. tp the most yang ff suke. ialah sudried tomato la. rase masam2 sikit. sgt sedap.
Sebut je no yang ade kat situ. yg sundried to ialah 612. sdp x rupe dier?.
So ni ialah hasil dier. Sundried tomato.
           
Yg ni pulak ialah Creamy Mrinara Seafood. sdp kan?. haha
Yg ni juge jadi menu pilihan ff. hehe

       Okay bercakap tentang minuman pulak . ff rase kalu tentang juice. kat sinilah syurga juice. haha. ckp je nak juice ape. sume ade. haha. tp ff lebih suke Choco Shake. sgt sedap. hehe. Bile ff dtg sini je. Confirm choco shake. hehe. x pun kopi 3 layer. hahah. ff lupe ape name sbenar dier. haha.


Untuk pengetahun korang. choco shake ialah no 2303. 
        So, smpai sini je la posting ff pasal makan dan makan . haha. harap2. dpt la jumpe korang sume di posting yg lain(bajet2 mcm ade reader kan?.haha)

26 May 2011

Makanan lagi. : )

Hello semua!
       
       Seperti korang sume tau. skrg ni ff sdg mengalami cuti yang sgt hebat. kerana ff tersalah add subjek. yang sepatutnyer ff amik subjek yang kod kosnyer iaitu LQ2083 iaitu Arabic Level 3. dan ff telah tertukar dgn subjek berkod LQ 0283 yang mana mempunyai credit hour yang berbeza. jadi ff telah membuatkan keputusan untuk drop subjek arab ini. Dengan harapan dapatlah kumpul duit mase cuti ni. Tp apakan daya. smpai laa ni ff x pegi keje lagi. malas sgt badan ni. tatau nape. haha. 

       Ok jadi dlm posting ff kali ni. ff nak cerita kan kat korang. tentang makanan lagi. since korang bole tgk dengan MATA korang sendiri . blog ff ni semakin lama semakin penuh dgn posting makanan. muahaha. jadi. bagi pencinta makanan mcm ff. silelah continue bace. dan bagi mereka yang tidak suka maka. silelah bertukar ke blog yang lain. hehehe.

       Ff nak ceritakan kat korang sume tentang satu makanan jawa(ye kot. ke sunda?.haha) yang memang korang sume memang kenal dengan makanan ni. Makanan yang ff maksudkan ialah:

Taddaaaa!!. name makanan ni nasik ayam PENYET yer.
       Sookay bg korang  yang tak rase enthusiastic terhadap makanan ni. since rupe dier pun tak menarik. tp ape yg ff boleh ckp. jgn judge dari rupe yer. sbb nasik ayam penyet ni rasenyer sgt sedap. Ff x pernah rase nasik ayam penyet sesedap ni melainkan nasik ayam penyet ori dari indonesia. Itu pun setahun sekali je ff akn pegi jakarta. melawat sedara di hari raya. So, tentang lokasi warong ni. ff rase x de la jauh sgt dari KL. dkt gombak jer. bagi student uiam yg tak tau tentang kewujudan kedai makan ni. silalah carik. dan cube rase. jangan asyik2 nak lunch kat dpn skola teknik tu jer. bosan lah. hahaha. Name warong ni. D'Laman kalu tak silap ff. ff tau tentang restoran ni pun dari kawan ff. sbb dier salu lepak ngan boifren dier kat warong ni. sbb warong ni tenang jer. hehe. 

So. untuk lebih detail. korang tgk la map yang ff da tandakan tu. dier dekat jalan dewan. btul2 area balai polis gombak. dkt situ pun ade dua sekolah. kalu tak silap ff. name skolah tu. SMK Seri Gombak. hurm. 

Tu ha. jalan Dewan. dkt depan balai polis gombak.
       So ff nak tambah sikit lagi. warong ni  juge ade sdiakan makanan seperti bakso. dan sebagainyer. sume bahan dier adalah ori dari indonesia. Jadi sape nak rase Authentic Indonesia Food. silalah pegi kat warong ni. harge dier pun SANGGGATT MURAHH. x mahal. jgn risau. order banyak pun x de masalah. hehe. taukeh dier sgt friendly. Owh. lagi satu. kalu korang btul2 da tak tau kat mane warong ni. Jalan nak pegi warong ni btul2 satu jalan dari jalan gombak ke ong tai kim. Ha!. tau ka itu ong tai kim?. haha. search la gune gps. confirm ade. ehhehe.

       So smpai sinilah posting ff kali ni. dah x larat dah ni. td makan byk sgt. ahaha. ok2. chooww.

19 May 2011

Lagi lagi makan!.

       Seperti post ff yg sbelum ni.ff pernah bgtau korang yg ff suke sgt makan. so memang x mustahilah kalu post ff slalunyer tentang makanan kan?.hehehe. So, dlm post kali ni. ff nak bawak korang sume pegi(eceh.mcm majalah 3 plak kan?.hehe) ke tempat feveret ff. iaitu(tadddaaaa!!) :

Sushi King!!.
       Ff tau x ramai org melayu tak sukekan sushi,, mungkin sbb selera tu tak kene dgn masyarakat budaya kita. Sushi memang sgt sinonim dgn 'raw food' atau pun dlm bahasa melayu kite panggil sbagai makanan mentah. Kalu korang nak tgk antara makanan mentah yang wujud dlm dunia makanan jepun ni bolehlah korang search kat youtube.com letakkan keyword 'japanese raw food'.tp ff x galakkan lah.since raw food dlm youtube sumenyer ngeri2. sdgkan ff pun x makan raw food tu. Ye la. mane tak nyer. ade ke patut dorang makan ikan yg masih idup. insang ikan tu masih gerak2 dorang dah telan. Geli kan?.haha. so better dont!. Jd dlm posting ff kali ni. ff nak ceritakan sikit kat korang sume yang mungkin tak tahu tentang makanan yang ada dlm sushi king ni.

       Sebelum ape2 ff nak inform kat korang. Di sushi king. tidak semua makanan nyer halal (bukan babi) sbb ada sesetengah yg mengandungi kandungan alkohol dlm makanan tersebut. tp jangan risau. Waiter/Waitress yang amik order makanan korang tu akn inform kat korang sama ada makanan itu halal ataupun tidak. jadi jgn risau. Tp ff  yakin, reminder tentang halal atau haram ini hanya terdapat di Malaysia sahaja. Itu lah specialnya muslim country. : )

       So, dekat sushi king ni instead korang tgk sushi dkt runaway tu. korang boleh order makanan yang lain2. Bagi ff, makanan yang ade dlm menu lebih sedap dari makanan yang ada kat runaway tu. sbb Makanan kat runaway tu byk yang raw food. hehe. so dkt sushi king ni. antara makanan kegemaran ff ialah 'Piri Piri Chicken' dan juge 'Chicken curry omelett'.

       Untuk 'Piri Piri Chicken' ff rase ia sedap sbb ayam tu di potong kecik2 dan digoreng. Rase dier ade lah sikit2 mcm masak asam pedas versi goreng.haa!. tak pernah cube kan?. jd cubelah test dlu!.. 

Piri2 chicken dan chicken curry omelette yang sodap!
       Jd bg Chicken Curry Omelette tu rasenyer mcm curry lah!. haha. cube yg sedapnyer bg ff ialah dkt curry tu dier letak cheese. uuuuu.. sedap gilaa!!. pastu dgn sayur jagung dier lagi. uu.. sedap!!. sesiape yang belum cube. silalah cube!. x rugi oo!. so kat bawah ni ialah pic curry itu.>>>

Ok.ff tau.korang da terliur!.panas2 tau!
       Next, ff nak cerita sikit kat korang tentang minuman yang sdp kat sushi king ni. Petua ff, kalu korang jenis yang baru nak mule makan kat sushi king ni. ff nasihatkan amiklah air yang ending title menu dier ade tulis 'yakult'. contohnyer, Manggo Yakult. haa. bukan ape. sbb ade sesetengah air yang ff rase mungkin tak sdp di minum oleh org yang berbangsa melayu ni. org kita lahh.. Mesti ramai yang tertanya, kenapa nama minuman tu. 'manggo yakult' mesti korang pk yakult dier special edition ade version manggo kan?. hehe. tekaan korang tu salah. ape yang dimaksudkan yakult ialah. jus manggo tu. dier buat ala2 mcm teh dangdut. tau x teh dangdut?. teh yang ade 3 layer tu. hahah. so on the top they put yakult and above they put manggo juice. thats it!.haha. sng je buat bisnes kan?.haha.

korang x nampak sgt layer tu.sbb ff da kacau.hehe. : )
       Oklah korang. so smpai sini jelah posting ff kali ni. Next posting ff . Memang confirm pasal makanan lagi.hehe. x caye?. tunggulah esok!.hehe. daa. salam.
       

17 May 2011

Firdaus dan Sekolah.

pic ni kalu x silap ff.ff form 5. : )
      
        Date hari ini kalu korang tgk kat kalender, korang akn nampak kat kalender tu besar2 tulis cuti umum sempena Hari Wesak. kan?. kalu kelantan ff x sure la plak sama ada dorang cuti atau tak kan?.huhu. dlm post ff kali ni ff x mo la bebel pasal hari wesak. sbb ff x menyambut yer. dan ff juge bukanlah seorang yang memegang konsep islam hadhari. huhuhu..

       So, sepanjang hari ini. ff rase ff bosan giler. sbb x kuar langsung. dok teperap je kat rumah. yg mana itu telah melanggar fitrah seorang lelaki(*lariik)haha. Jd harini ff nak story sket kat koram sume ttng zaman ff skolah dulu. huhu. ff rindu sgt skolah sbb terlalu byk kenangan dgn kawan2 semua masa zaman skolah dulu.hehe. lagi2 mase form 5. zaman sgt rapat dgn kawan2.mcm adik bradik dah.

skolah ff!.credit to *tasyabelle
       Mase zaman sekolah dulu, kalu org nak kenal ff. mesti dorang akn gelarkan ff 'budak songkok' x pun 'budak belagak' oh. sbenaryer.gelaran 'budak belagak' tu. smpai skrg pun budak2 uni gelarkan. huhuh. tatau nape. ff rase ff x lah se sombong mane. cume kadang2 tu. ff ade problem so ff x dpt lah nak senyum kat semua org. dan dgn itulah ff telah digelarkan mat sombong.huhuh. Untuk pengetahuan korang name skolah ff ialah SMK WANGSA MELAWATI, KL. bersebelah dgn lebuhraya mrr2.

       Name kelas ff dlu ialah 5 Pluto dan sekarang ff rase name kelas tu dah x wujud lagi. since sekolah dah buat rombakkan ttng name kelas.dier da ubah nama kelas kepada 5 kemanusiaan(munngkin?.) haha. ff pun x sure la. So, ff dlu x lah se popular mane. x ramai yg kenal. sbb ff bukanlah seorang yg 'dikenali' kat skolah dlu. Ff pun bukanlah prefect ff hanyelah rakyat biase. heheh. So, zaman sekolah dlu. ff x suke sgt prefect. tau sbb ape?.sbb mostly diorang ni kerek. ff bukanyer nak stereotype semua prefect. tetapi ada segelintir dari mereka yg bersikap mcm tu. 

Yg pakai songkok dan muke garang itu ialah ff. : )


       Eh.dah. ni bukan nak cerita pasal prefect yer. hehe. hurm. so dlm kelas Pluto tu. ff lah antara student yg paling suke cakap. dan jgn tekejut. ff lah antara penggerak gossip skolah. so ni maknyer. ff suke sgt bergossip. bukan shj terhadap rakan2. tetapi juge dgn Guru.<<hhebat kan?. hahaa.


       Dlm kelas ff tu. kiteorg sume sgt rapat. Bile ade je org kutuk kelas kiteorg. Kiteorg akn ramai2 boycott mereka yg kutuk itu. hahah. kiteorg sgt hebat dlm bidang itu. Hurm. lagi ape eh nak cerita. Ha. mase form 5 tu. ff masuk satu tuisyen yang terletak dkt pasar seni. Ha!. mesti korang tau kan?. x lain dan x bukan. mestilah Pusat Tuisyen Kasturi. huhu. zaman tuisyen kasturi lah yg paling best skali sbb zaman ni ff mule eksplore pelbagai perkara yg positif dan negatif. heheh.

       So, skrg umur ff da 20. so da 3 thun ff tinggalkan sekolah.rindu sgt!!. hehe. so yg kat bawah ni sme. ialah gambar megazine skolah untuk kelas kiteorg.tgk2 lah!

Cntik x page kiteorg?.eheh


Again.yg bersongkok tu ff. : )


yes. rindu dorang sume.huhu


16 May 2011

Cupcakes!. Made by Firdaus. : )

       Heeeeyyllooo semua!. Tarikh hari ini ialah 16 haribulan 5. So, maknanya dah 6 hari da umur blog ff ni. Muda kan?. kui3. Agenda ff hari ini sbenaryer ialah menghasilkan cupcakes sbb b4 this ff pernah jugak buat cupcakes tapi malangnya cupcakes itu tidak berjaya. sbb according to mama cupcakes yang sedap ialah cupcakes yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar rasanya. Maknanya kat sini. kite kene harilkan cupcakes yang rasanya so so sahaja. According to mama jugak icing yang ff buat hari itu. rasanya terlalu manis. dan according to ex chef king abdullah(papa lah!) cupcakes yang ff buat tu memang tak boleh dimakan sbb TERLALU manis. huhuh. so ff telah berusaha bersungguh2 kalini untuk menghasilkan cupcakes yang menarik dan boleh dimakan. dan Hasilnya?. tungguu. huhu.

       Okeyy. so dlm post ff kali ni. ff nak ceritakan kat korang tentang resepi yg ff gunekan untuk menghasilkan cupcakes ini. Mungkin berguna untuk korang semua sbb skrg kan musim HARI GURU dan esok plak musim HARI WESAK. jadi sesapa yang teringin nak buat cupcakes tu. cubelah resepi ff ni.heheh.

       Basically, cost nak buat cupcakes ni bg ff tak lah semahal mana. Mungkin perkakas dier shaja yang mahal. itu pun bergantung pada kedai yang korang beli bahan tu. mcm ff sendiri. ff pergi kedai bakeri dkt taman melawati since kedai tu dkt area taman rumah kan.

       So, first thing yg korang kene ade ialah : Bahan2 asas dier.

Penghasilan kek:

1)Tepung kek  (kalu korang nak tepung yang bagus.cariklah brand dier blue key )
2)Gula Custard
3)Baking soda(untuk pengetahuan korang.baking powder dan baking soda ialah 2 produk berbeza. 1 sudu baking soda bersamaan 4 sudu baking powder)
4)Butter
5)Essence Vanila
6)Susu full krim
7)Telur

Untuk Icing dier:


1)Icing Sugar
2)Butter
3)Milo(ikut korang la nak rase ape kan.)

Jadi cara penyediaan dier. First skali korang kenelah mix bahan untuk hasilkan kek dier dlu yer. jgn obses sgt ngan icing dier tau!.hehe.

So.mcm ni la jadinyer.kalu korang mix sume bahan buat kek td. ingattau korang kene gune mixer.kalu tak.menangis la nak kacau gune tangan kan?.hahah!

 Ok.so next korang bolehlah masukkan mix ni dkt dlm cup untuk cupcakes korang. mcm ff. ff gunekan cup yang keras. jd x perlukan tray untuk support cupcakes tu dari jadi senget.


Ni la rupenyer cupcakes yg belum masak. just nak remind korang. b4 masukkan cupcakes ni dlm oven.korang kenelah pastikan oven korang da dipanaskan terlebih dahulu.
Owh.dan juge jgn lupe. suhu oven haruslah 179c dan setkan masa selama 20minit. Cpt kan?. heheh.


dan sementara nak tunggu masa 20 minit tu.korang bolehlah begerak untuk buat icing dier plak. mcm ff. ff rase icing ni antara part yang susah. sbb kene mix lebih dari 40 minit. 


ok. so. first thing korang kene cmpurkan icing sugar and butter.


inilah rupenyer. cantik x?. hehe. sdp tau!.
so.untuk mix kan kedua bahan ni.koran kene pastikan masa korang mix ialah tidak kurang dari 30 minit. sbb ini nak pastikan gula icing korang benar2 sebati.dan x rase ketul2 gula.hehe. sementara tunggu gula sebati.bolehlah kite usha cupcakes td.huhu


Inilah rupe cupcakes yang dah hampir nak masak.hehe.
Ok. since cupcakes pun dah nak jadi. jd korang bolehlah msukkan kesemua bahan2 lebih untuk menghasilkan icing td. jadi. after that korang bolehlah gunekan kretiviti korang untuk menghias cupcakes td dgn menggunakan icing. hehe. so hasilnyer ialah!.


Inilah hasil cupcakes yg ff buat tadi!!. Mama ckp sdaaapp sgt!. heheh.
So far. inilah cupcakes yg menjadi yg ff pernah buat.heheh. jd. ff nak ucapkan time kaseh dkt youtube kerana tanpa anda. sy tidak dpt menghasilkan cupcakes ini. heheh. Happy ni!!.hehe.


jd.sekian shj untuk post ff bg hari ini. jumpe lagi esokk!!.

15 May 2011

Something Borrowed

        Kalu kite pegi wayang skrg ni. hampir ke semua cerita tentang kisah cinta(alllaaaaarrr..balik2 cite jiwang.boring oohh.) ..haha. ff yakin.masih wujud lagi lelaki yang SANGAT tidak suke kan cerita jiwang. Kenapa?. bg ff. sbgai seorang lelaki yang 'tulen' cerite jiwang ni sgtlah bosan. sbb dier x de action. yg kite tau. cerita jiwang ni ending dier cume ade 2 je. Yg pertama happy ending.(kalu happy ending. bgus la.) Yg kedua sad ending <<ni yg SELALU SGT. daaa. boringg.

       Jadi post ff kali ni. ff nak ceritakan sikit ttng movie yg ff ushar pade hari ini. Movie ni tajuk dier. 'Something Borrowed'. kenapa tajuk dier mcm tu?. ha. ni korang kene tgk sendiri la. sbb kalu ff cerita kan kat korang. nanti x best pulak kan. tp ff rase movie ni. x de boring sgt. walaupun dier movie jiwang(x  brape jiwang sgt) tp dier ttp menarik bg ff. Jalan cerita dier pun ringkas dan x rumit sgt.

        Ff amik kesempatan sempena cuti semester yg AGAK PANJANG ini. Untuk sentiase merajinkan diri untuk pegi tgk wayang. Rumah pun dkt je ngan wayang. bole je jln kaki. so mudah kan?.tp venue ff kali ni. bukanlah dkt TGV Wangsa Walk tp dkt Signature Gardens. Jd. antara pelakon yg ade dlm movie ni ialah encik  Colin Egglesfield(sgt hot!) yg memegang watak encik Dexter. dan juge cik Ginnef Goodwin(comel meleleh). Itu 2 jer yg ff kenal buat mase ni. yg lain tu. x kenal sgt. haha. Sebelum apa2 terjadi. baiklah ff inform kat korang sume. movie ni 18 tahun keatas SAHAJA. sbb dlm movie ni ade la sikit(x byk sgt pun) adegan lucah. Overall movie ni ff bg 3/5 bintang. YEYEY!.


13 May 2011

Pelik Tapi Benar. : )

         Kepada rakan rakan yg di sayangi. Harini ff nak cerita sikit ngan korang sume tentang makanan. Sejujurnyer. Ff tidaklah sekurus mana pun. Bak kate member ff skrg ni ff da ade 2 pack abs. Masalah 2 pack abs ni sbenaryer x de la begitu kritikal sgt.sbb ia masih boleh di kempiskan kembali. Cume kadang2 tu. Bile dlm lift x pun dlm LRT. Ff terpakse menahan nafas untuk memastikan org tidak Nampak kebuncitan yg ff alami.(sadis kan?.).

         Hookayy, skrg ni ff nak bercerita pulak tentang MAKANAN. Ff memang suke sgt makan. Tipu la kalu korang sume ckp ‘eh,aku tak suke makan lah!’. Haha. Sookay. Makanan yang ff nak ceritakan kat korang sume harini temanya ialah Makanan Thai. Ff tetibe je rase nak share resepi ni ngan korang sume sbb ff rase Makanan yang di namakan ‘PAD THAI’. Kesedapanya masih tidak dapat dikenal pasti sbb ff belum pernah mencubanya lagi. : ).

        FF tgk resepi ni melalui channel ‘vegan black metal chef’ di Youtube. Keseluruhan video ini memang agak mengerikan sbb mungkin ff tak pernah tgk golongan ‘black metal’ memasak. Mungkin ada antara kita yang masih belum menonton video ni lagi. Jd ff nak kongsi dgn korang sume betapa PELIKNYA golongan black metal ini memasak.

12 May 2011

Muqaddimah.

Menulis adalah perkara yang mudah.dan dengan penulisan jugalah akan wujudnya banyak konspirasi.antaranya,konspirasi hati.mesti u'll tertanya(wah.u'll?.) kenapa I letak konspirasi hati as the title of this blog. Pkara pertama yg terlintas kat kepala hotak u'll sume mesti 'eh.bdak ni mesti byk konflik dalaman ni.' x pun 'budak ni mesti bermasalah ni.x pun identity error' khenz?..haha. jawapan I sbenaryer. I just suke dengan wording tu. : ) . simple kan?. Ok. now kite akan jalankan sesi berkenalan.

My Name is Firdaus. I dibesarkan di K.L. I sorang je anak lelaki dlm family. yang lain sume prempuan. I duduk kat wangsa maju. to be exact dkt Wangsa Melawati. haa!. tak tau kan?. dah agak dah. cehh.

So now I still study. I amik Bhsc Human Sciences di uia gombak. so kalu koram sume dgr je Human Sciences mesti korang pk alar senang je kos ko tu. bukanyer susah mcm kos aliran sains. kepada mereka yang masih berfikiran begini. sy nasihatkan. silalah BERTAUBAT. masing2 ada kelebihan tersendiri. masing2 ada susah tersendiri. jd please jgn pandang rendah terhadap student aliran seni. sory kalu terlalu extreme sgt. sbb da fedup ngan isu ni since SEKOLAH lagi.